Client to Client Skill Sharing

Mentari Kuala Lumpur

Description of Project

Aktiviti ini adalah diilham daripada keluhan daripada beberpa klien yang mendapat rawatan secara  berkala di Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur. Antara keluhan yang mereka sering  luahkan adalah seperti berikut: 

  1. Ingin belajar sesuatu untuk mengisi masa lapang bagi membantu mengurangkan  tanda dan gejala kondisi kesihatan mental mereka 
  2. Mencari kawan sosial yang mempunyai minat yang sama tetapi faham kondisi  kesihatan mental masing-masing.
  3. Menjadikan kemahiran sebagai punca pendapatan terutama mereka yang tidak  mempunya pendapatan serta memerlukan pendapatan sampingan dengan hanya  menjadikan kemahiran mereka sebagai sandaran 
  4. Mengadakan ruang dan peluang untuk klien menjadi sukarelawan bagi  menyumbang kemahiran bagi membantu klien lain yang memerlukan 
  5. Membuka peluang dan peluang untuk klien berkongsi pengalaman dan sokongan  kepada klien lain melalui cara secara tidak langsung 

Idea tercetus untuk membentuk satu program atau aktiviti yang memberi peluang dan ruang  kepada klien untuk berkongsi kemahiran mereka dengan klien lain dalam persekitaran yang terkawal dan  berkala. Berkonsep kan Aktiviti Kumpulan Sokongan + Aktiviti Berkumpulan + Aktiviti Riadah + Perkongsian  Kemahiran + Klien kepada klien ; maka terbentuklah idea CCSS ini. 

Cabaran 

  1. Proses pemilihan ahli kerana perlu mendapatkan ahli yang mempunyai minat yang hampir  sama 
  2. Pemilihan juga bergantung kepada kapasiti dan kebolehan klien untuk memberi komitmen  yang baik sepanjang program dilaksanakan 
  3. Lokasi menjadi cabaran utama kerana Mentari Kuala Lumpur masih menumpang Bilik Amali  di Unit Terapi Cara Kerja Psikiatri sebagai tempat aktiviti utama bagi aktiviti ini 
KLPicture1

Conclusion

Apa yang telah dipelajari 

  • Ada kemahiran yang tidak mampu diperolehi dari terapis boleh diperolehi daripada sumber lain dalam persekitaran yang sama seperti terapi 
  • Kemahiran yang dikongsi adalah sesuatu yang mampu memberi impak positif kepada kesihatan emosi, psikologikal, kognitif dan sosial. Ini mampu membentuk kesihatan mental yang lebih baik kepada peserta Rancangan masa hadapan 
  • Mempelbagaikan kemahiran  
  • Memperkenalkan CCSS kepada klien lelaki 
  • Memasarkan produk hasil kerja peserta CCSS di platform yang lebih baik 

Cadangan 

  • Wujudkan Ketua Kumpulan untuk mengurangkan pemantauan dari terapis terlibat 
  • Jadual pergerakkan aktiviti dikawal sedia oleh Ketua Kumpulan dengan  persetujuan semua ahli

Nasihat untuk mentari lain 

Boleh mula membentuk satu Kumpulan khas untuk 1 kemahiran khas bagi  mewujudkan prudok baru sambil melaksanakan proses pemulihan dan sokongan  yang tidak putus. Ini termasuk sokongan psikologikal , emosional dan juga sosial  dikalangan peserta program.

Author

  1. Azizah Mohamad Kadir (Senior Occupational Therapist, Mentari Kuala Lumpur)

Mentari Info

MENTARI is a new approach initiated by the Ministry of Health Malaysia (MOH) to improve outreach and re-integration of people with mental health problems into the community.

Total Visitor

Contact us

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my