Program Jangkauan Masyarakat

Mentari Mentakab, Pahang

Penerangan Projek

PROGRAM JANGKAUAN MASYARAKAT merupakan aktiviti tahunan untuk membantu pelanggan di bawah jagaan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) khususnya di bawah pasukan Mentari dan komuniti. Melalui program ini, lawatan ke rumah pelanggan dijalankan bagi tujuan membantu keperluan asas dan kebajikan pelanggan serta memberi sokongan psikososial dan rehabilitasi. Pelanggan akan diberikan bantuan dan latihan dari segi pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti pengurusan kewangan, pengurusan asas rumah dan kemahiran domestik. Di samping itu, kami menggalakkan semua pihak, bukan sahaja di dalam jabatan psikiatri sendiri, malah pihak lain juga untuk menyertai kami dalam bentuk aktiviti gotong-royong (kerja komunal). Ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kebajikan pelanggan psikiatri.

Walaupun berada dalam pertengahan pandemik Covid-19, kami berjaya meneruskan PROGRAM JANGKAUAN MASYARAKAT tahunan kami untuk tahun ini pada 7 April 2021. Program tahun ini adalah untuk membaiki dan memulihkan rumah milik dua adik-beradik, yang mana kedua-duanya berada di bawah penjagaan psikiatri yang terletak di Kampung Buntut Pulau, Temerloh. Rumah mereka telah rosak dengan teruk akibat banjir pada awal tahun ini. Kerja komunal itu turut melibatkan 30 sukarelawan termasuk Timbalan Pengarah HOSHAS, anggota Badan Kabajikan Psikiatri (BKP) HOSHAS, dan syarikat kontraktor bebas; Pembinaan & Pengubahsuaian Cha yang bersedia memberikan tenaga kerja secara percuma untuk menjayakan keseluruhan program. Program ini diharap dapat meringankan beban pelanggan untuk hidup lebih selesa di samping dapat meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma terhadap pelanggan psikiatri.

 

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my