Ujian Kendiri

"Ujian Kendiri" ialah ujian saringan kendiri yang berfungsi untuk membantu setiap individu mengenalpasti status kesihatan mental mereka. Antara ujian yang anda boleh ambil:

  1. Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ)
  2. Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS)
  3. Inventori Kelesuan Copenhagen (CBI)
  4. Jadual Penilaian Hilang Upaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHODAS)

Keputusan ujian ini boleh digunakan sebagai panduan dalam mengenal pasti simtom awal dan petunjuk untuk keperluan rawatan. Namun begitu, keputusan ujian saringan ini adalah bukan diagnosis dan memerlukan rujukan kepada profesional untuk penilaian lanjut.

Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ-9)

Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ-9) terdiri daripada soalan 9 instrumen untuk membuat saringan tanda-tanda atau simtom dan tahap keterukan kemurungan. Untuk medapatkan diagnosis, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.

Adakah anda mempunyai simptom kemurungan?

Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS)

Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) ialah soal selidik 21 item yang direka untuk mengukur keadaan kesihatan mental dan emosi semasa, mengenal pasti tanda-tanda atau simtom Kemurungan, Kebimbangan atau Tekanan.

Adakah anda mengalami gejala kemurungan, kebimbangan atau tekanan?

Inventori Kelesuan Copenhagen (CBI)

Bertujuan untuk mengenal pasti magnitud dan jenis kelesuan yang dilihat pada kakitangan. Kelesuan adalah keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan. CBI dapat mengenal pasti 3 jenis kelesuan iaitu ;

  • Kelesuan Peribadi:  Keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan yang dialami oleh seseorang individu
  • Kelesuan Berkaitan Kerja: Keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan yang dialami berkaitan dengan beban kerja
  • Kelesuan Berkaitan Pelanggan: Keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan yang dialami berkaitan dengan pesakit

Adakah anda mengalami kelesuan atau keletihan?

Jadual Penilaian Hilang Upaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHODAS)

Jadual Penilaian Hilang Upaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHODAS) ialah sejenis alat yang menilai ketidakupayaan pada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas. Ia bertujuan untuk membantu memahami kesukaran seseorang dalam bidang fungsi tertentu selama 30 hari yang lalu, termasuk fungsi pemahaman dan komunikasi, berjalan-jalan, menjaga diri, bergaul dengan orang ramai, aktiviti kehidupan dan penglibatan dalam masyarakat.

Adakah anda menghadapi sebarang kesukaran dalam berkomunikasi, bersosial, aktiviti harian serta penjagaan diri?

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my