RESTART & Bakul Kasih Program

Mentari Petra Jaya, Sarawak

Penerangan Projek

Seperti yang pernah dikatakan oleh Glenn Close, "Apa yang diperlukan oleh kesihatan mental adalah lebih banyak cahaya matahari, lebih berterus terang dan perbualan yang tiada segan silu”. Mentari Petra Jaya dikendalikan oleh Jabatan Psikiatri Hospital Umum Sarawak, dan kami berusaha untuk melawan stigma yang berkisar tentang penyakit mental, memperkasa penyokong pelanggan kami untuk membolehkan pelanggan kami melalui perjalanan unik mereka sendiri. Sebagai penghormatan dan motivasi kepada pelanggan kami dan ahli keluarga mereka serta majikan yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti rehabilitasi dan sokongan pekerjaan, kami berjaya menganjurkan hari penghargaan yang penuh dengan keseronokan pada tahun lepas. Tahun ini, kami berjaya bekerjasama dengan PERKESO dan memulakan RESTART program di persekitaran kami untuk menambah baik peluang pekerjaan dan menyokong pelanggan kami yang telah kembali ke lapangan kerja. Ramai di antara kami berhadapan dengan cabaran akibat pandemik COVID-19 dan pelanggan kami juga tidak terlepas daripada cabaran ini. Bagi meringankan kesusahan mereka, kami berjaya mengagihkan bantuan makanan kepada pelanggan kami melalui program 'Bakul Kasih' yang dijalankan pada tahun ini juga. Kami berhasrat untuk terus menawarkan perkhidmatan terbaik kami untuk mencapai objektif Mentari, iaitu menyediakan penjagaan kesihatan mental yang lebih baik kepada komuniti kami yang hebat di negeri Kuching tercinta.

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my