PROJEK BAKERI

Mentari Wakaf Tapai, Terengganu.

Penerangan Projek/Program

Bermula dari Februari 2019 Mentari Wakaf Tapai telah bekerjasama dengan Mental Health Foundation (MHF) iaitu sebuah badan bukan kerajaan di Ampang, Selangor. Kursus bakeri dan kulinari sepenuh masa di tawarkan kepada pesakit mental serius yang menerima rawatan di seluruh Malaysia. Kursus itu ditawarkan secara percuma kepada pesakit yang di dalam rawatan dan berkeadaan stabil. Mereka menjalani latihan memasak selama 3 bulan di Bangunan MHF di Ampang, Selangor. Antara latihan yang telah diajar ialah membuat produk roti, kek, bun dan dadih. Mereka juga di ajar memasak masakan seperti nasi ayam, nasi lemak, nasi arab dan sebagainya. Segala perbelanjaan makan minum dan tempat tinggal dibiayai oleh MHF. MHF juga telah menyediakan jururawat untuk membantu pesakit termasuk memantau pengambilan ubat semasa di asrama.

Seramai 15 orang pesakit Mentari Wakaf Tapai telah dipilih untuk menyertai program tersebut. Mereka yang dipilih terdiri dari pesakit yang stabil dan berminat untuk menyertai program tersebut. Mereka juga mendapat sokongan keluarga yang baik. Antara pesakit yang terlibat mengidap penyakit Skizofenia (5 orang), Bipolar Mood Disorder (5 orang), Major Depressive Disorder (3 orang), Panic Disorder dan Obsessive Compulsive Disorder. Mereka telah dihantar menjalani kursus secara berperingkat dari Februari 2019 hingga Januari 2020.

Objektif Utama Projek

Untuk membantu pesakit yang gagal mendapat pekerjaaan di pasaran terbuka mempelajari kemahiran memasak.

Untuk membantu pesakit menjana pendapatan melalui perniagaan makanan.

Memberi peluang kepada pesakit untuk berdikari dan meningkatkan keyakinan diri.

Mentari Info

MENTARI is a new approach initiated by the Ministry of Health Malaysia (MOH) to improve outreach and re-integration of people with mental health problems into the community.

Total Visitor

Contact us

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my