Tentang Kami

"Kesihatan mental ditakrifkan sebagai suatu kesejahteraan
di mana setiap individu menyedari potensi dirinya, dapat mengatasi tekanan hidup normal, boleh bekerja secara produktif dan membuahkan hasil , serta mampu memberi sumbangan kepada komuniti. " (WHO 2014).

Assalamu'alaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Terima kasih kerana menyemak laman sesawang kami. Izinkan saya memperkenalkan program ini kepada anda terlebih dahulu: Program MENTARI telah diperkenalkan di seluruh negara oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2014, sebagai strategi untuk mengembangkan perkhidmatan kepakaran psikiatri kepada masyarakat. Program ini secara khususnya adalah untuk mengalihkan tumpuan rawatan penyembuhan (berasaskan hospital) kepada pencegahan dan penyepaduan semula (berasaskan komuniti); dan diuruskan oleh Jabatan Psikiatri hospital masing-masing. Dengan satu pejabat kebangsaan (MENTARI Selayang) dan 30 cawangan berasaskan komuniti di semua negeri (sehingga Julai 2021), kami menyediakan perkhidmatan dan sokongan kepada rakyat Malaysia melalui usaha gabungan profesional penjagaan kesihatan pelbagai disiplin.

Sebagai sebuah fraterniti perubatan, MENTARI mempercayai akan keberkesanan ubat-ubatan. Malah, sasaran utama kami adalah mereka yang mempunyai penyakit mental sederhana hingga teruk. Walau bagaimanapun, kami juga percaya dalam menyokong pelanggan untuk mengambil alih pemilikan rehabilitasi mereka. Strategi utama kami adalah melalui aktiviti berasaskan kerja; sambil menggalakkan pelanggan untuk berhubung dengan pelbagai bentuk sokongan semula jadi (ahli keluarga, kerja sukarela, kerohanian, alam semula jadi). Kami juga menggunakan alat peningkatan kemahiran untuk menggambarkan strategi ini (ujian kendiri, kalendar, roda kesihatan dll.)

Dalam laman sesawang ini, kami berkongsi beberapa gerakan dan maklumat bantu diri untuk membimbing anda – sama ada untuk diri anda sendiri atau orang yang anda sayangi. Sama ada anda sudah menerima sokongan profesional atau tidak – kami percaya bahawa alatan ini mungkin berguna kepada anda kelak. Portal MENTARI juga mempamerkan lokasi pelbagai MENTARI di seluruh negara dan aktiviti mereka tersendiri. Ini adalah supaya anda tahu di mana dan bagaimana cara untuk menghubungi kami. 

Bekerjasama adalah satu lagi bidang yang menarik bagi kami. Kami mengalu-alukan perkongsian dengan majikan – sama ada untuk mewujudkan sokongan bimbingan pekerjaan di syarikat anda atau dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk pelanggan Mentari. Kami juga menjemput kaedah kerjasama yang berbeza: antaranya sebagai sukarelawan, melakukan aktiviti jangkauan atau rangkaian. Lihat cara anda boleh berhubung dengan kami melalui halaman Melibatkan Diri.   

Perjalanan ke arah rehabilitasi adalah tidak mudah, namun anda tidak perlu melakukannya sendirian. Sekurang-kurangnya, ketahuilah pilihan yang anda ada dan jenis sokongan yang anda boleh dapatkan. Tidak kira apa keadaan emosi anda - yang penting adalah untuk meneruskan dan mewujudkan rasa irama dan keseimbangan, dan seterusnya mencari tujuan dalam kehidupan. 

Kami berada di sini untuk mendengar rintihan anda. Adakah anda ingin memberitahu kami kisah anda?

Dr Nor Hayati Ali, Pakar Perunding Psikiatri

Penasihat Teknikal KKM bagi Program Mentari

mentari.hq@moh.gov.my

 

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my