Tentang Kami

Apa itu MENTARI?

MENTARI ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Akta Kesihatan Mental 2001 yang menekankan kepada penambahbaikan perkhidmatan berasaskan komuniti dalam meningkatkan kualiti kesihatan mental masyarakat. Ia merupakan pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula orang yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam masyarakat.

Bagi membina imej baharu dan membersihkan segala salah-anggap, istilah “MENTARI” dipilih sebagai alternatif kepada nama rasmi Pusat Kesihatan Mental Komuniti (CMHC). “MENTA” berasal daripada perkataan “Mental” dan “RI” berasal daripada perkataan “Psikiatri”.

Transformasi baru dalam perkhidmatan ini sudah semestinya akan menghadapi banyak cabaran baru seperti stigma sosial, kekurangan kakitangan, capaian yang tidak mencukupi terhadap masyarakat dan latihan yang tidak mencukupi. Sungguhpun begitu, MENTARI akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Visi Kami

Penasihat, Inovasi, Bekerjasama

Misi Kami

Sebagai perintis di seluruh negara untuk perkhidmatan kesihatan mental khusus berasaskan komuniti, MENTARI memudahkan akses kepada rawatan awal, integrasi komuniti, membina daya tahan dan menyokong rehabilitasi daripada penyakit mental.

Nilai dan Prinsip Utama Kami

  • Mewujudkan antara muka di antara pelanggan dan komuniti
  • Mempromosikan kerja sebagai alat untuk pemulihan
  • Bekerja secara kolaboratif dan inovatif
  • Mempengaruhi penentu sosial kesihatan (cth pekerjaan, pendidikan, perumahan)
  • Menggunakan keterangan yang nyata bagi memaklumkan tentang kerja kami

Objektif MENTARI

Untuk mempromosikan kesihatan mental, menyediakan saringan penyakit mental dalam penjagaan sekunder dan tertiari dan memastikan rawatan awal untuk penyakit psikiatri

Untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi

Untuk menyediakan rawatan berasaskan bukti yang berterusan dengan cara yang mudah diakses dalam komuniti

Untuk menyediakan program rehabilitasi berdasarkan bukti perubatan dan intervensi psikososial termasuk sokongan pekerjaan, kaunseling, psikoterapi, serta pendidikan tentang masalah mental pelanggan dan keluarga

Siapa Kami?

MENTARI berada di bawah penyeliaan hospital psikiatri secara langsung, maka ia hendaklah di bawah kuasa ketua jabatan/pengarah perubatan hospital tersebut. Seorang pakar psikiatri akan dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab di Mentari untuk menyelia aspek tadbir urus klinikal dan kepimpinan.

Pasukan di MENTARI bekerja sebagai pasukan multidisiplin yang bukan sahaja terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan tetapi mungkin dibantu oleh Jurupulih Carakerja, Pakar Psikologi Klinikal, Kaunselor dan juga sukarelawan.

Apa yang Kami Lakukan?

MENTARI mempunyai program yang bertujuan untuk intervensi awal melalui pemeriksaan aktiviti keadaan kesihatan mental kami. Dari situ, urusan penjagaan boleh dihalakan kepada perkhidmatan klinik perundingan kami untuk intervensi awal psikologi atau farmokologi. Bagi pelanggan yang mengalami penyakit mental yang teruk seperti Skizofrenia dan Penyakit Bipolar, terdapat program rehabilitasi psikiatri terutamanya Program Sokongan Pekerjaan yang menyokong proses pemulihan. Akhir sekali, MENTARI menggalakkan kerjasama dengan agensi lain yang berminat ke arah penambahbaikan penjagaan pelanggan.

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my