Soalan Lazim

Soalan : Bolehkah saya hadir ke MENTARI tanpa temu janji?

Jawapan:

Memandangkan bilangan doktor yang terhad, anda dikehendaki menetapkan temu janji melalui platform dalam talian kami atau melalui e-mel sebelum datang ke Mentari.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mendapatkan sebarang surat rujukan daripada klinik kesihatan untuk mengaturkan temu janji di Mentari.

Soalan : Adakah saya perlu membayar untuk perundingan di Mentari?

Jawapan:

Perundingan pertama adalah percuma, tetapi RM5 akan dikenakan untuk perundingan susulan / temujanji berikutnya, mengikut terma dan syarat . Sila hubungi Mentari berhampiran anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. 

Soalan : Bagaimanakah cara saya menetapkan tarikh temu janji dengan Mentari?

Jawapan:

Anda boleh menetapkan temu janji dengan Mentari melalui e-mel atau panggilan telefon . Sila rujuk ruangan 'hubungi kami' di halaman utama .

Soalan : Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Mentari ?

Jawapan:

Sila rujuk ruangan 'Perkhidmatan' di halaman utama untuk butiran lanjut .

Soalan : Saya sebelum ini telah mendapat diagnosis dan dirawat di bawah kemudahan psikiatri beberapa tahun yang lalu, tetapi kini telah menghentikan rawatan kerana kekangan kewangan. Bolehkah saya datang ke mentari?

Jawapan:

Mentari buat masa ini hanya menerima kes baharu. bagi kes yang pernah dirawat di klinik/fasiliti psikiatri yang lain, adalah dinasihatkan untuk pelanggan meneruskan rawatan di di kemudah psikiatri terdahulu untuk kesinambungan rawatan yang lebih baik. Namun, sekiranya simptom pelanggan adalah teruk dan masih memerlukan rawatan lanjut, sila kunjungi Hospital Kerajaan berhampiran untuk rawatan lanjut. /penilaian .

Soalan : Berapa lama saya perlu menunggu tarikh temujanji di MENTARI ?

Jawapan:

Kes baru akan di 'triage' terlebih dahulu , walaubagaimanapun , purata masa menunggu secara amnya ialah 4-6 minggu bagi kes yang tidak terdesak , bergantung pada ketersediaan .

Soalan : Berapa lamakah satu sesi dengan doktor di Mentari biasanya mengambil masa?

Jawapan:

Tempoh masa setiap sesi berbeza-beza bergantung kepada pesakit, dan kebanyakannya berdasarkan kes ke kes. Namun, secara idealnya , satu sesi dengan doktor akan dihadkan kepada 1 jam bagi setiap pesakit.

Soalan : Jika saya sudah mendapat tarikh temujanji saya, bolehkah saya mendapatkan tarikh temujanji yang lebih awal?

Jawapan:

Slot untuk temu janji adalah tertakluk kepada ketersediaan , dan juga penilaian risiko (jika perlu) oleh doktor masing-masing .

Soalan : Saya mempunyai keinginan untuk membunuh diri, bolehkah saya datang terus ke Mentari?

Jawapan:

Pelanggan dalam krisis akut dinasihatkan untuk segera pergi ke Hospital terdekat untuk mendapatkan intervensi/rawatan/bantuan segera dan lanjut.

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my