Perkhidmatan
KLINIK PERUNDING
Klinik di MENTARI adalah klinik ‘pakar’, yang menyediakan rawatan kepada pelanggan tanpa surat rujukan (permohonan adalah atas talian melalui portal MENTARI) dan juga yang dirujuk oleh sumber rujukan konvensional yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
PERKHIDMATAN PSIKIATRI KOMUNITI (CPS)
Perkhidmatan ini menyediakan kesinambungan penjagaan bagi pelanggan yang telah menjalani rawatan susulan dari jabatan psikiatri masing-masing. Pasukan pelbagai disiplin memudahkan urusan pengeluaran awal dari wad, rehabilitasi daripada fasa akut penyakit, dan pencegahan kambuh bagi pelanggan yang mengalami penyakit mental yang teruk.
Pengurusan termasuk pengurusan simtom dan penyakit, latihan tentang penggunaan ubat-ubatan, cara menangani kesan sampingan, dan juga penyediaan pendidikan tentang masalah mental untuk pelanggan dan keluarga.
SOKONGAN PEKERJAAN - PENEMPATAN DAN SOKONGAN INDIVIDU (SEips)
Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada pekerjaan yang kompetitif untuk pelanggan dengan penyakit mental teruk yang ingin bekerja; dan juga sedang menerima rawatan di hospital masing-masing.
Program ini diketuai oleh kakitangan yang berdedikasi, ahli terapi pekerjaan terlatih, atau paramedik. Pemadanan kerja, pencarian kerja, penempatan kerja, analisis kerja, dan bimbingan kerja intensif akan dijalankan berdasarkan kemajuan pelanggan. Pasukan ini menyediakan kaunseling faedah peribadi dan memudahkan permohonan faedah untuk pelanggan dan sokongan berterusan untuk pelanggan dan majikan yang bekerja.
PROGRAM TRANSISI PEKERJAAN
ETP merupakah langkah awal dalam persediaan pelanggan untuk memasuki pekerjaan yang kompetitif. Pelanggan akan dilatih berdasarkan konsep perniagaan sebenar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kerja dan memupuk sikap kerja yang baik sambil memberikan insentif dan pemerkasaan melalui model perusahaan sosial.
KELAB PEKERJAAN DAN TERAPI REKREASI
Untuk menggalakkan interaksi positif dengan pelanggan-pelanggan lain , melalui penggunaan masa lapang yang efektif dan untuk menggalakkan pemerkasaan pelanggan melalui aktiviti yang dipimpin oleh pelanggan.
KOLABORASI MELALUI SUKARELAWAN, JANGKAUAN DAN RANGKAIAN
MENTARI boleh berkolaborasi dengan sektor kerajaan lain, badan bukan kerajaan (NGO), akademia atau syarikat swasta untuk mewujudkan perkongsian dalam mempromosikan kesihatan mental, penyediaan perkhidmatan, dan pemerkasaan komuniti terutamanya dalam menyediakan pekerjaan untuk pelanggan yang mengalami penyakit mental sederhana dan kritikal.
Info Mentari
MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.
Jumlah Pelawat
Laman Web Kerajaan
Hubungi Kami
MENTARI HQ @ Selayang
LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur
03-6127 0946