Tentang Kami

Sejarah dan Latar Belakang

MENTARI telah dimulakan sebagai tindak balas kepada keperluan Akta dan Peraturan Kesihatan Mental (2010) yang baharu dan menyokong untuk penaiktarafan perkhidmatan berasaskan komuniti, serta untuk meningkatkan kesihatan mental masyarakat. Ia merupakan pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan penyepaduan semula orang yang mengalami masalah kesihatan mental. Nama rasmi ialah 'Pusat Kesihatan Mental Komuniti': istilah MENTARI ialah percubaan untuk penjenamaan imej iaitu "MENTA" daripada perkataan 'mental' dan "RI" daripada 'psikiatri'. Terdapat sekurang-kurangnya satu MENTARI di setiap negeri di negara ini, dan ia diuruskan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di hospital terdekat. Pasukan rawatan di MENTARI diketuai oleh pakar psikiatri; dan ahli pasukan termasuk pegawai perubatan, ahli terapi carakerja, jururawat dan pekerja sosial perubatan.

2010
Akta Kesihatan Mental

Pewartaan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) yang merangkumi penubuhan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (CMHC) di bawah seksyen 32

2011
Mentari Pertama

Ditubuhkan di Putrajaya di bawah seliaan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya

2013
Komuniti Pertama

Penerbitan pertama Garis Panduan Pelaksanaan Pusat Kesihatan Mental Komuniti

2014
Pembiayaan

Pembiayaan daripada kerajaan telah diluluskan untuk dua belas MENTARI dan MENTARI IT System (MITS) 1.0 telah dilaksanakan

2015
Penyelaras Kebangsaan

Kerajaan Malaysia melantik MENTARI Selayang sebagai penyelaras kebangsaan dan Dr Nor Hayati Ali sebagai penasihat teknikal

2017
Mewakili KKM

Program Pekerjaan Sokongan di MENTARI dipilih sebagai salah satu daripada tiga projek yang mewakili KKM dalam "Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan" (PTPK).

2020
Garis panduan

Penerbitan Edisi Kedua Garis Panduan pelaksanaan Pusat Kesihatan Mental Komuniti MENTARI KKM. Bilangan MENTARI yang ada mencecah 28 pusat dan MITS 2.0 telah dimulakan

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my