Projek Penanaman Cendawan

Mentari Ketereh, Kelantan

Penerangan Projek

MENTARI Ketereh merupakan salah satu servis MENTARI yang terdapat di Malaysia , dan ia terletak di Klinik Kesihatan Ketereh di daearah Kota Bharu Kelantan .MENTARI ini telah diwartakan pada 6 Januari 2013 dan menyediakan perkhidmatan untuk menggalakkan kesedaran kesihatan mental dan penjagaan kesihatan mental dalam masyarakat.

Terdapat banyak program yang dijalankan untuk membantu pelanggan dalam perjalanan mereka ke arah fasa pemulihan. Kesemua program itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosial, tahap keyakinan dan pendedahan dengan aktiviti yang berpotensi untuk menjana pendapatan , bagi membolehkan mereka berdikari pada masa hadapan.

Salah satu projek kami ialah penanaman cendawan tiram, yang bermula sejak 2014. Dana awal telah diperolehi daripada kelab MENTARI Kelantan dan kami juga telah menerima sumbangan daripada yayasan YANAZ. Kami bermula dengan 3000 tongkol cendawan dan menjual cendawan yang baru dipetik kepada penjual di pasar tani , kakitangan, dan juga pelanggan di Klinik Kesihatan Ketereh. Kami juga membuat lumpia berisi cendawan untuk dijual. Kami berharap dapat mengembangkan projek ini dan tidak sabar untuk menjalankan projek fretigasi baharu kami.

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my