Terapi Seni Lukisan

Mentari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Mentari HSNZ telah menjalankan beberapa siri terapi seni lukisan sejak bulan Oktober 2020. Seorang guru lukisan telah dijemput untuk mengajar teknik-teknik melukis dan mewarna kepada klien-klien Mentari. Untuk  sesi seterusnya, klien-klien tersebut dibantu oleh jurupulih carakerja dan kakitangan Mentari HSNZ untuk meneruskan sesi kelas seni lukisan. Antara teknik seni lukisan yang di ajar ialah cat air, lukisan akrilik dan chanting batik.

Di dalam sesi terapi seni lukisan ini, setiap individu dapat menghasilkan sesuatu yang mereka boleh banggakan. Malah, ada dikalangan mereka ini tidak tahu mereka sebenarnya mempunyai bakat melukis.

Setiap lukisan yang dihasilkan bukanlah untuk dinilai, tetapi apa yang lebih penting adalah  proses melukis itu sendiri. Melukis dapat membantu seseorang melupakan masalah yang dihadapi serta memberikan ketenangan jiwa.

Di dalam sesi terapi seni lukisan ini, setiap individu dapat menghasilkan sesuatu yang mereka boleh banggakan. Malah, ada dikalangan mereka ini tidak tahu mereka sebenarnya mempunyai bakat melukis.

Setiap lukisan yang dihasilkan bukanlah untuk dinilai, tetapi apa yang lebih penting adalah  proses melukis itu sendiri. Melukis dapat membantu seseorang melupakan masalah yang dihadapi serta memberikan ketenangan jiwa.

Lukisan yang telah dihasilkan kemudian dibingkai dan dipamerkan di sekitar ruang legar Kompleks Psikiatri HSNZ yang baru beroperasi dan dirasmikan oleh YAB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada 22 Disember 2020.

Mengapa memilih terapi seni lukisan?

Terapi seni adalah sejenis teknik terapeutik yang berasaskan pada idea bahawa ekspresi kreatif dapat memupuk penyembuhan dan kesejahteraan mental.

Semasa melukis, mata akan melihat dan bahagian memori akan menyusul. Di sini, imej-imej akan dibayangkan. Kita akan cuba memilih imej-imej yang sesuai. Kemudian otak akan mengeluarkan signal kepada otot tangan supaya melakar gambar yang kita inginkan.

Walaupun kelihatan seperti aktiviti yang biasa sahaja, namun impaknya besar di dalam perkembangan minda dan kesejahteraan mental seseorang.

Kelebihan terapi seni lukisan

1. Lukisan membantu dalam perkembangan minda kreatif. Seseorang yang gemar melukis akan memanipulasikan memori mereka untuk dijadikan lakaran. Semakin kerap mereka melukis, semakin banyak idea baru yang akan terbentuk.

2. Semasa melukis, otak yang mengawal fungsi eksekutif seperti perancangan, penumpuan, pengawalan tindakbalas, pemikiran fleksibel dan kawalan emosi akan digerakkan. Setiap fungsi ini akan memainkan peranan agar seseorang itu dapat membuat sebuah lakaran yang indah.

3. Melukis juga dapat membantu dalam mengawal emosi. Terdapat  kajian yang menyatakan bahawa melukis dapat membina daya tahan dan kesabaran. Ia juga membantu mengelakkan seseorang daripada pemikiran negatif. Selain itu, melukis juga membantu seseorang meluahkan perasaan.

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my