KAFÉ MENTARI

Mentari Pendang, Kedah.

Penerangan Projek/Program

Mentari Pendang banyak menjalankan aktiviti untuk perkhidmatan rehabilitasi. Contohnya, aktiviti perkebunan, kraf dan makanan. Kafe Mentari merupakan salah satu projek yang telah ditubuhkan untuk pelanggan psikiatri di Mentari Pendang. Kafe Mentari terletak di klinik Mentari, di mana semua kakitangan boleh hadir untuk memesan dan membeli makanan dan minuman dengan mudah.

Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual di Kafe Mentari. Pelanggan akan menyediakan beberapa menu sendiri. Contohnya, sandwic, roti bakar telur dan banyak lagi. Penyediaan makanan dan minuman memberi banyak nilai terapeutik kepada pelanggan seperti meningkatkan kemahiran proses dan kemahiran IADL. Tambahan pula, pelanggan akan menolak troli makanan dan minuman ke klinik kakitangan yang dipanggil sebagai mobile Kafe. Kaedah ini akan meningkatkan keupayaan dalam komunikasi dan kemahiran interaksi sosial pelanggan. Mereka perlu bertanya dan menjawab soalan yang diajukan oleh kakitangan dengan sopan santun. Selain itu, pelanggan akan meningkatkan kemahiran mereka dalam pengurusan wang melalui pengiraan jumlah jualan untuk setiap hari dengan betul.

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa kesukaran untuk menjalankan Kafe Mentari seperti keletihan apabila mendapat banyak pesanan dan malu untuk berkomunikasi dengan orang lain, namun pelanggan berasa amat seronok dengan Kafe Mentari ini kerana mereka boleh belajar dan meningkatkan banyak kemahiran.

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my