Sukan dan Kesihatan Mental

Mentari Selayang, Selangor

Penerangan Aktiviti

Bersukan boleh menyihatkan tubuh badan dan menambahbaik kesihatan mental seseorang individu. Ia juga membantu dalam proses penurunan berat badan dan kandungan kolesterol serta mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

Di MENTARI Selayang, kami menjalankan aktiviti sukan sebagai salah satu terapi rekreasi bagi pesakit. Aktiviti ini dijalankan secara berkala yang melibatkan pesakit-pesakit di MENTARI Selayang, para sukarelawan dan penduduk komuniti setempat.

Aktiviti ini terbukti boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan anzieti. Ini kerana, bersenam dan bersukan mampu menurunkan paras hormon yang menyebabkan tekanan di dalam diri seseorang iaitu hormon adrenalin dan cortisol. Ia juga boleh meningkatkan perembesan hormon endorphin, iaitu sejenis bahan kimia di dalam otak yang berfungsi sebagai hormon yang meningkatkan emosi dan membuatkan kita tenang dan gembira.

Sukan juga melatih pesakit-pesakit bersosial dan bergaul dengan orang ramai dan turut membantu meningkatkan tahap keyakinan diri mereka. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini diharapkan ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pesakit mental juga boleh berfungsi seperti orang lain. Ia juga diharapkan dapat mengurangkan stigma terhadap pesakit mental serta membolehkan mereka diterima kembali di dalam komuniti.

Pengarang

  1. Dr. Wan Norashikin binti Wan Nasru (Pakar Psikiatri & Felo Komuniti & Rehabilitasi Hospital Selayang)
    18 Julai 2023

Info Mentari

MENTARI ialah pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental ke dalam komuniti.

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

MENTARI HQ @ Selayang

LG Lot 25B,26,27 Selayang Capitol Kompleks, Selayang – Kepong Highway, 68100 Kuala Lumpur

03-6127 0946

mentari.hq@moh.gov.my